Charles de Gaulle
Charles de Gaulle

Charles de Gaulle


Charles André Joseph Marie de Gaulle (22 November 18909 November 1970), biasa di rujuk di Perancis sebagai Général de Gaulle, ialah pemimpin tentera dan negarawan Perancis.Sebelum Perang Dunia II, de Gaulle lebih dikenali sebagai pakar taktik peperangan serta penyokong penggunaan kereta perisai dan tentera udara di dalam peperangan. Semasa Perang Dunia II, beliau merupakan ketua kerajaan buangan Perancis Bebas serta pemimpin gerila anti-Nazi. Antara tahun 1944 hingga 1946, selepas pembebasan Perancis daripada pendudukan Jerman, de Gaulle menjadi ketua kerajaan sementara Perancis.Disuruh membentuk kerajaan pada tahun 1958, de Gaulle mengilhami sebuah perlembagaan baru1 dan menjadi presiden pertama untuk Republik Kelima. Beliau menyandang jawatan itu dari tahun 1958 hingga 1969. Ideologi politiknya yang dikenali sebagai Gaullisme telah menjadi pengaruh utama dalam politik Perancis yang menyusul.